Friday, 10 October 2014

Tulus dari hati dan seni

berjalan kaki, kaki melangkah...
degupan jantung, darah mengalir kesemua arah..
setiap inci, setiap genap tubuh saluran urat..
tapi sehingga jari jemari,otot,otak bergerak..sarat..
setiap udara kita sedut..
setiap nafas kita hembus..
ketika itu fasa kita mencari falsafah..
ada ketika kita tidak habis mengelabah...
mencari motif apa sebenarnya terjadi..
darah mengalir setiap sudut tidak berhenti..sedetik
seminit, kita terlupa untuk berfikir..
tapi kita mengaku selalu guna otak untuk memilih..

Terasa kita sudah penuhi impian si luncai..
terasa kita sudah gapai impian si pengembala..
kita melihat ke atas langit.. dan meludah... terkena diri sendiri..
dan dia mahu suap nasi basi dalam istana tidak berpenghuni?..

kita sebagai manusia..
hati perlu teguh,tegap,gagah untuk merasa..
manis hidup dengan usaha..
bukan hanya makan sisa-sisa seorang yang berjaya..
semoga sebati hati, minda, dan jiwa...
nukilan malam..
tulus dari hati dan seni..

No comments:

Post a Comment